Jom! Bantah Seksyen 114A!
Pernahkah anda dengar mengenai Seksyen 114a yang merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 1950?
Pindaan terbaru ini meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya pihak yang menuduh.
Sebagai contoh, jika seseorang menyamar sebagai anda dan melakukan kesalahan di internet, andalah yang bertanggungjawab untuk membuktikan bahawa anda tidak bersalah.
Undang-undang yang baru ini jelas bercanggah dengan prinsip asas keadilan yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya.
Pindaan yang baru ini boleh mendatangkan kesan-kesan yang negatif kepada seluruh pengguna internet dan pihak yang terlibat dalam industri tersebut.
Jika anda memiliki akaun Facebook, Twitter, blog atau forum, anda akan dipertanggungjawabkan atas setiap isi kandungan yang terdapat di laman-laman tersebut termasuk komen dan artikel yang ditulis oleh pihak lain.
Selain itu, pembekal perkhidmatan wifi juga akan dikenakan tindakan jika ada pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan tersebut. Lebih malang lagi, jika rangkaian wifi rumah anda dicuri atau dihack, anda juga bertanggungjawab atas segala yang dilakukan oleh pencuri terbabit.
Jika ada pihak yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel menggunakan nama anda, Seksyen 114a yang baru ini menganggap bahawa andalah pemilik sebenar akaun terbabit.
Akta yang baru dipinda ini sebenarnya bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat daripada mengemukakan pendapat mereka di internet. Hal ini juga mengancam kebebasan berinternet di negara kita.
Kebebasan bersuara serta kebolehan menyatakan pendapat merupakan tunjang sebuah demokrasi yang berfungsi dan berinovasi.
Seksyen 114a Akta Keterangan ini jelas bercanggah dengan konsep hak asasi manusia dan aspirasi ekonomi negara berasaskan ilmu.
Jika anda fikir pindaan terbaru terhadap akta ini perlu dihapuskan, marilah bersama kita mendesak Kerajaan supaya menarik semula pindaan tersebut. Sertai Hari Internet Blackout 14 Ogos 2012!
Pingback: Ada Apa Dengan Hari Internet Blackout?
terima kasih!
berdasarkan konsep “guilty until proven innocent”
da prnh dengar da bnde ni dulu…katanya berkuatkuasa mulai 1 julai….pastu diam trus…btol ke bnde ni er???kalu btol mmg x adil r mcm nih!!!!!!!!!
urmmm…..ada pape ke 14 ogos ni er???
banyak website dan blog akan memaparkan pop-up message yang mempunyai keterangan lanjut mengenai akta yang baru ini. pengguna facebook dan twitter juga akan tukar display picture kepada hitam atau logo yang kami sediakan. sila pergi ke https://stop114a.wordpress.com/get-involved/.
Tetapi seksyen di perlukan, betul tak? Sebab kalau macam tu kita buat komen apa-apa, semua lepas. Kita kan boleh dibicarakan, tak ke?
Kita sudah mempunyai seksyen yang lain untuk itu sebenarnya. pengguna internet yang menyalahgunakan internet tetap boleh didakwa di bawah Akta Hasutan contohnya. Seksyen yang baru ini tidak perlu sebenarnya kerana undang-undang sedia ada telah cukup untuk mendakwa pihak yang tidak bertanggungjawab.
jemmmmmmmmmmzzzzzzzzzzzzzzzz
Yes . Ada apa ya pada Hari Internet Blackout 14 Ogos 2012 tu ? perlu matikan internet ke ?
Macam macam boleh dibuat. Antaranya menukar Display Picture Facebook atau Twitter kepada logo yang disediakan. Boleh didapati di bahagian “get involved” di ruang atas blog ini. Jika anda seorang blogger, boleh download code untuk memaparkan pop-up message pada blog anda. Boleh didownload daripada bahagian “get involved”. Terima kasih.
this is barbarian law …
bagaimana utk sertai Sertai Hari Internet Blackout 14 Ogos 2012!
Jika anda menggunakan Facebook atau Twitter, anda boleh menukar Display Picture kepada logo yang kami sediakan di dalam blog ini. Pergi ke bahagian “get involved” yang terdapat pada ruang atas blog ini. Terima kasih!
betul ke ni? mana bukti nya? mana boleh mcm ni..
saya sokong! https://www.facebook.com/SkEMmAtiXx
Pingback: Norfanil 2.0 » Selangkah ke HadapanApa itu "Stop 114A" - Internet Blackout Day?
lama dah pasal isu ni.. mcm pelik je akta ni. lepas ni semua rakyat m’sia blh la jd buta IT.. tak buta pun kena buat2 buta.. kita main tulis2 surat lak..
Pingback: This site supports the #Stop114A campaign « This site goes black for 24 hours starting midnight on Tuesday, 14 August 2012 in support of internet freedom in Malaysia
sokong JOM! BANTAH SEKSYEN 114A! kat blog auc
Minta izin share Article ni… Atas nama keadilan dan kebenaran…
LAST COMMENT BEFORE 12AM!
My website already ON for #puasanet
Bodoh sgt akta nih! Kalu nk buat akta mcm SOPA @ PIPA leh fhm gak ah.
report this to Reporters Without Borders; For Freedom Of Information. They support freedom of speech in a world of information technology. they can be reached by applying e-mail to asie@rsf.org. Let’s spread the word and help the people of Malaysia in achieving freedom of expression in the world of information technology.
Pingback: Apa itu Stop 114A? | tulusdarihati.com
Tak faham laa.. Dengan menukarkan Display Picture atau letak kt web, ada efek ke? Pihak mana akan dpt efek?
sebab klu Earth Hour mmg ada efek klu kita stop guna elektrik dlm satu jam, berjuta2 RM dpt save dah..
Pingback: Kempen Stop114a - Internet Blackout
Bro, lu bodo ka? Pc lu kene hack, org boleh trace dari mana ip hackers tu datang. Then its not ur fault. Lu belajar IT kat mana bro? Even if ur account, FB, twit, blogger kene hack. Then post something. Lu mesti kene soal. Tapi org boleh detect dari mana posting di buat. Masa tu lu ada dekat opis @KJ. Tapi posting location dekat ampang. Satu opis tahu lu buat kerje masa tu. Itu your prove.
lu belajar itu CSI dulu b4 lu kasik komen ini macam.
Sebelum kita boleh buktikan yang kita tak bersalah, komputer kita akan dirampas oleh polis (standard procedure). Tak semua orang boleh upah pakar IT untuk track IP. Di bawah akta ini, yang kena buat semua tu adalah kita. Lagipun, tak semua orang mampu bayar peguam untuk bela kita di mahkamah. Selain itu, kita akan direman sekurang-kurangnya 24 jam di balai polis. Ini sangat menyusahkan orang yang tak bersalah. Harap saudara faham tujuan kami menentang akta ini. Kami bekerja dengan pakar-pakar IT dan juga pakar undang-undang.
hacker pun tak bodo nak guna real IP kan….
hacker la yg dok pakat hack wifi kalo nak wat keje pelek2.. (truestory)
instead of appreciating what other people are doing to help us understand better and providing views from legal and IT standpoints, si mamat bodoh sombong ni dgn senang2 guna bahasa kasar dah shot down people’s extending help..nampak dah background nilai2 murni dan kemanusiaan seriously lacking. semoga kebodohan itu miliknya seorang kihkihkih
Hi, thank you all at CIJ for all your hard work in bringing this to our attention. I don’t know if this is the right place to bring it up but is there any way that the Malaysian Bar Council can be contacted for further co-operation? Not that I am affiliated with them but my fuzzy memory tells me that they were involved with the Bersih 2.0 activites a few years back.
sekadar berkongsi pendapat saya. sebenarnya apa yg perlu kita ambil iktibar dari seksyen 114A ini adalah kesedaran umum akan pentingnya menjaga dan mengambil tahu berkenaan akaun atau apa2 media yang melibatkan diri sendiri dalam bentuk hebahan. ianya lebih berunsurkan mengekang berlakunya penyalahgunaan media elektronik untuk tujuan menjatuhkan atau mengaibkan orang lain. mari kita fikirkan sejenak berkenaan pengurusan akaun email, akaun fb sampailah ke akaun wifi di rumah. adakah kita sedar bahawa jika kita tidak log out selepas penggunaan, ianya boleh mengundang insiden2 seperti hacking dan sebagainya? banyak lagi persoalan yang boleh diketengahkan. ambillah ianya sebagai satu perkara yang positif. hanya mereka yg mempunyai sifat inferiority complex sahaja yg perlu takut kepada benda2 yang tak sepatutnya. berhati2lah ketika menggunakan akaun sosial. pastikan wifi anda ditetapkan dengan tahap keselamatan WEP2. saya harap kenyataan saya ini tidak disalah tafsir. cuma sekadar membawa kita semua untuk merenung ke arah kebaikan akta 114A. itu sahaja.
I also participate 🙂 see this one I make different thing~
https://www.animeclan.org/offline.html
Sepertimana HAK ASASI MANUSIA untuk kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat adalah musuh bagi mana2 kerajaan* yg memerintah oleh itu mereka mengeluarkan undang2 dan akta sendiri bagi melindungi sesuatu kepentingan yang anda pasti tidak mengetahui.
JOM UBAH !!!!!!!!!!!!
this is ancient law… you are guilty till you are proven innocent…
kalau dengki ngan org, kira senanglah ye nak sombat org tu kat jel. yes! best…best… nak nyamar jadi sape ye 😛
Stop 114a
korang ni faham ke seksyen 114A? baca tak? korang baca pun tak.
BUKAN JADI KESALAHAN. Akta tak cakap pun itu adalah satu kesalahan — hanya PRESUMPTION bahawa kalau ada apa-apa yang di-post dari account anda (seperti facebook atau twitter), undang-undang menganggap anda yang post benda tu..
ADA BEZA antara “guilty until proven innocent” dengan seksyen ni. beban pembuktian hanya pergi ke org yang “memiliki” akaun berkenaan.
Ang tu yang bodoh…kalau dah aku x post,tapi tetap dituduh,dah y kena reman 24 jam sapa???akta apa lah bodoh sangat ni?
Kamu semua ni menyusahkan betullah. Hari ini saya ke laman Bar Council nak cari nama and alamat firma guaman pun tak boleh disebabkan Internet Black Out Day yang bangang lagi bengong ni.
Saya pun tak bersetuju dengan Seksyen 114A Akta Keterangan tapi cuba tanya diri sendiri mengapakah perkara ini tidak diberi perhatian awal-awal? Ahli Parlimen kita ni sekadar makan gajikah? Tujuan duduk di Parlimen kalau bukan untuk memastikan undang-undang yang baik untuk apa lagi?
Kedua-dua BN dan PR bersalah dalam tidak menghalang 114A diluluskan. Sekarang, nak tunjuk hero ajak orang bantah. Ingat orang lain takde kerja ke? Malulah sikit wei. Next time, pandai2lah baca Rang undang-undang dulu!